OPPO Malaysia Jemput Neelofa Ke Pertunjukan Fesyen Victoria Secret 2017

Baru-baru ini OPPO telah mengumumkan kerjasama terbarunya untuk menjadi peranti pintar rasmi yang akan digunakan dalam Pertunjukan Fesyen Victoria Secret 2017. Lebih istimewa, OPPO Malaysia turut menjemput duta F5 6GB (Red Edition), Neelofa untuk menghadiri pertunjukan yang akan berlangsung di Shanghai, China pada 20 November 2017 nanti. Neelofa yang berbesar hati untuk menghadiri acara yang menjadi impian setiap wanita itu, turut dilihat telah berkongsi kegembiraannya di dalam laman sosialnya pada pagi tadi.

https://www.instagram.com/p/BblkW5iFiNo/?hl=en&taken-by=neelofa

Berbeza dengan OPPO F5 yang telah diperkenalkan sebelum ini, OPPO F5 (Red Edition) telah menerima ruang storan yang lebih besar iaitu 64GB/RAM 6GB. Manakala spesifikasi lain masih dikekalkan sama seperti OPPO F5 versi 32GB.

You might also like