
Huawei membawakan peranti kelas pertengahan kepada para peminat gajet di Malaysia khususnya peminat jenama nombor tiga dunia ini, telefon pintar Y7 Prime ini diletakkan pada harga kompetitif iaitu RM999 yang boleh didapati di seluruh cawangan Huawei Experience Store dan Huawei Display Zone bermula 7 Julai ini.
Peranti ini hadir dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 435 bersama memori RAM 3GB dan 32GB storan dalaman, ia juga menyokong kad microSD sehingga 128GB. Di samping kemasan premium pada kerangka badan logam ini, Huawei Y7 Prime juga didatangkan dengan paparan HD 5.5 inci dengan panel gelas 2.5 darjah di depan.
Tidak cukup dengan itu, ia juga dibekalkan dengan kamera belakang 12 Megapiksel 1.25µm dan kamera depan 8 Megapiksel menggunakan sensor f/2.0 aperture. Bagi melengkapkan spesifikasi, Huawei Y7 Prime dikuasakan oleh bateri 4,000mAh bersama sistem Android 7.0 Nougat dan antaramuka EMUI 5.1.
Huawei Y7 Prime boleh didapati dengan dua pilihan warna iaitu Gold dan Black.