
vivo X9s Dan X9s Plus Akan Diperkenalkan Khamis Ini?!
Seperti kebiasaan, para pembuat telefon pintar berlumba-lumba memperkenalkan produk masing-masing, ini termasuk syarikat berasal dari China, vivo akan menampilkan dua peranti pada 6 Julai ini.
Iklan yang tersebar itu menunjukkan seorang selebriti sedang memasukkan telefon pintar ke kocek depan. Dua telefon pintar yang ingin diperkenalkan itu ialah vivo X9s dan X9s Plus. Menurut laman sesawang TENAA, China spesifikasi pada salah satu model ini hadir dengan paparan bersaiz 5.85 inci HD penuh, pemproses lapan teras 1.95GHz, RAM sebanyak 4GB dan 64GB storan dalaman.
Kamera pula dilengkapi dengan sistem dwi lensa 20 Megapiksel dan 8 Megapiksel di depan, manakala kamera belakang dengan 16 Megapiksel bersama-sama bateri berkapasiti 3,920mAh yang dioperasikan oleh Android 7.1.1 Nougat.
Maklumat lebih lanjut kita nantikan perasmiannya pada Khamis ini.