Reviu Eksklusif: Erato Apollo 7, Earphone Pintar Tanpa Wayar

Harga : RM 1,799

Apollo 7, sebuah projek yang dibiayai oleh Kickstarter dan pernah memenangi Anugerah ‘Red Dot Honourable Mention Award’ pada tahun 2015, kini dengan rasminya diperkenalkan di pasaran tempatan. Ia sebuah earphones pintar tanpa wayar yang kecil serta sangat ringan, hanya seberat 4g sahaja.

Istimewaanya earphones pintar ini, ia dilengkapi dengan teknologi pengasingan bunyi yang hebat, di mana anda boleh mendengar muzik dan juga berbual di talian lebih jelas tanpa sebarang gangguan. Bukan itu sahaja, kehadiran mikrofon MEMS Omni Directional menyokong input sehingga -42dB (+/- 2dB) yang kedengaran lebih jernih lantang walaupun ketika berada di tempat yang bising. Peranti yang mengetengahkan ciri-ciri lembut ini disediakan dengan beberapa pilihan earbud yang mampu memberikan keselesaan berpanjangan.

 

SPESIFIKASI

  • Jarak sambungan: 30 meter
  • Kapasiti bateri: Earphone (50mAh) & Charging case (300mAh)
  • Masa penggunaan: 9 jam – 3 jam untuk mendengar muzik & 4 jam untuk berbual.
  • Driver Size: Ø 5.8 mm Micro Driver
  • Sensitiviti: (dB/mW): 100
  • Frekuensi: 20Hz ~ 20KHz
  • Impendence: (Ohm) @ 1kHz: 16
  • Mikrofon: MEMS Omni Directional -42dB (+/- 2dB)
  • Pengiktirafan: Nano Coating IPX5

 

PAKEJ PEMBELIAN

  1. Kotak pembungkusan
  2. Apollo 7
  3. Charging case
  4. Pilihan earhooks
  5. Pilihan earbud
  6. Kabel MircoUSB
  7. Buku panduan

 

Cara Pantas Menyambungkan Apollo 7

  1. Tekan beberapa saat butang yang tersedia pada Apollo 7, kemudian dengar arahan seterusnya.
  2. Buka Bluetooth pada smartphon.
  3. Pilih nama earphone tersebut, sama ada Apollo R @ Apollo L dan kemudian sambungkan.

 

REKAAN FIZIKAL

Butang

Hanya satu butang yang disediakan pada earphones ini, di antara fungsi yang disediakan adalah Power/Off, menerima panggilan, pause lagu, next track dan juga untuk melaraskan kelantangan suara.

Selain itu, dengan satu sentuhan sahaja, Siri atau Google Now boleh diaktifkan dengan mudah bagi membuat panggilan atau menjadualkan temu janji seterusnya menerusi suara anda.

 

Charging case

Apollo 7 turut didatangkan sekali dengan charging case yang kompak bagi kemudahan anda membawanya ke mana sahaja. Selain berfungsi sebagai alat pengecas dengan menggunakan kabel microUSB, ianya memudahkan anda membawanya keluar. Hanya perlu memasukkan earphone ini ke dalam charging case sahaja.

 

CIRI-CIRI ISTIMEWA

Kalis Percikkan Air

Lebih istimewa, Apollo 7 telah dipertingkatkan dengan ketahanan IPX5 yang terbukti kalis air dan debu, bagi membolehkan anda berbual dan mendengar muzik kegemaran tanpa masalah.

 

Mikrofon

Apa yang menariknya earphone pintar ini, ia menggunakan teknologi Bluetooth terkini dalam format apX. Di dalamnya tersedia sebuah mikrofon terbina dengan fungsi omni yang mampu bekerja dengan Siri dan juga Google Now.

 

Pilhan Warna

Kepada golongan fashionista, anda boleh memilih empat warna kesukaan Apollo 7 ini. Di antara pilihan warna yang tersedia adalah Emas, Rose Emas, Kelabu dan juga Silver.

 

Apa kata eRing?

Kualiti audio yang dihasilkan Erato memang benar-benar bagus, sesuai dengan harganya yang agak tinggi. Audio frekuensi rendah jelas dan menonjol dan audio dengan frekuensi tinggi pula disesuaikan dengan baik tanpa ada sebarang distortion atau kecacatan pada bunyi.

Bahagian fizikal mungkin agak mengecewakan, kerana dengan harga mencecah ribuan ringgit sepatutnya dibina menggunakan bahan yang lebih premium seperti aluminium dan direka dengan lebih baik.

Untuk fungsi pula, proses padanan Bluetooth mudah dan cepat, hanya perlu menetapkan sambungan pada salah satu earphone dan secara automatik kedua-dua unit akan disambungkan kepada peranti. Namun sekali lagi dengan tag harga yang tinggi, sepatutnya ia juga dilengkapi dengan fungsi tambahan contohnya yang ada pada Apple AirPods yang mampu menghentikan muzik secara automatik ketika earpiece dialihkan dari telinga.

 

 

You might also like