
Weloop GPS Sports Watch Hey 3S, Jam Pintar Kalis Air Sedalam 50 Meter
Weloop, salah sebuah anak syarikat Xiaomi telah melancarkan jam tangan pintar terbaru yang diberi nama GPS Sports Watch Hey 3S. Sekali pandang, jam tangan pintar ini mirip seperti jam tangan pintar milik Apple Watch.
Walaupun memiliki berat hanya 38g, ia sarat dengan ciri-ciri menarik di antaranya sensor GPS + Glonass sedia terbina dalamnya yang memiliki paparan skrin bersaiz 1.28 inci beresolusi 176×176 piksel.
Pada bahagian belakang pula terdapat sensor pengesan nadi serta baterinya dikatakan mampu bertahan sehingga 30 hari dengan Bluetooth sentiasa terpasang. Selain kalis air sedalam 50 meter, ia hadir dengan ukuran 46.2 x 35.66 x 11.15mm.
Berbanding Apple Watch Series 2, Weloop GPS Sports Watch Hey 3S memiliki ciri yang hampir serupa seperti sensor GPS, ketahanan air dan debu, sensor gyro serta 3-axis accelerometer tetapi dengan harga jauh lebih murah, iaitu RMB 539 (kira-kira RM 342).

