Pernah Lihat Prototaip iPhone 10 Tahun Lepas?

Setiap kali anda menaip mesej di iPhone, sudah semestinya memerlukan papan kekunci, bukan? Pastinya anda ingin tahu siapakah yang mencipta antaramuka papan kekunci tersebut?

Melalui perkongsian Ken Kocienda, bekas pencipta perisian papan kekunci Apple. Beliau menunjukkan dua prototaip model iPhone pertama yang digunakan untuk mereka bentuk antaramuka papan kekunci dan melakukan ujian. Dua prototaip tersebut mempunyai saiz paparan yang sama, tetapi memiliki kerangka yang berbeza. Perbezaan ini, kami lihat mungkin untuk tujuan keselesaan semasa menaip mesej mengikut saiz peranti.

Selain itu, Kocienda juga menamakan prototaip ini sebagai Wallabies, pada masa sama juga melahirkan rasa kagumnya terhadap perkembangan iPhone sehingga kini. Tambahnya, beliau meninggalkan peranti ini di dalam laci selama bertahun-tahun, dan semasa ‘keluar’ dari pejabat di Cupertino, Kocienda berasa sedih seperti meninggalkan kawan lama.

You might also like