Qualcomm Akan Menukar Nama Singkatan Bagi Snapdragon Selepas Ini

Qualcomm, sebuah syarikat pengeluar pemproses telefon pintar terkemuka dunia kini akan menukar nama singkatan bagi Snapdragon iaitu MSM kepada SDM. Seperti yang kita tahu, nama singkatan bagi Snapdragon 835 iaitu MSM8998 adalah yang terakhir akan digunakan.

Menurut Weibo China, Qualcomm akan mengeluarkan set cip generasi terbaru untuk kegunaan telefon pintar flagship pada tahun depan iaitu Snapdragon 845, di mana akan menggunakan nama singkatan SDM*** seperti contoh.

Sebelum ini, kami pernah kongsikan mengenai peranti flagship LG adalah yang pertama akan menggunakan set cip terbaru oleh Qualcomm pada tahun depan, lantas menjadikan Samsung pemborong kedua selepas LG untuk menggunakannya. Cip tersebut dikhabarkan akan hadir bersama modem terbaru X20 yang berupaya untuk memuat turun kelajuan LTE sehingga 1.2GHz dan memuat naik sehingga 150Mbps akan dihasilkan di kilang TSMC, Taiwan.

 

You might also like