Google Pixel XL 2 Akan Dihasilkan Oleh LG Pula?!
Tahun lepas HTC menjadi syarikat yang bertanggungjawab bagi penghasilan Google Pixel dan Google Pixel XL. Peranti ini turut menjadi antara telefon terbaik pada tahun 2016 yang menggunakan ekosistem Android sebenar. Selepas kejayaan pada tahun lepas, Google seperti biasa akan memilih syarikat lain pula untuk mengeluarkan peranti mereka.
Menurut sumber, HTC masih lagi menjadi pengeluar untuk Google Pixel (walleye), manakala LG pula akan mengambil tempat bagi mengeluarkan Google Pixel XL 2 (taimen). Kombinasi ini dilihat menarik untuk menentukan syarikat pengeluar manakah yang terbaik bagi penghasilan peranti Google untuk tahun ini.
**walleye dan taimen adalah nama kod yang digunakan di dalam
projek Google Pixel

Google Pixel dikatakan akan menggunakan saiz paparan seperti sebelum ini iaitu 5 inci, sementara Google Pixel XL 2 pula masih lagi tidak dapat diramalkan, kerana LG G6 kini menggunakan skrin memanjang ke bawah dengan aspek nisbah 18:9 lebih panjang berbanding Samsung Galaxy S8.

