
Instagram Kini Boleh Mengarkib Gambar – Semua Pengguna Boleh Menggunakannya
Pada bulan lepas, Instagram telah menguji ciri baharu ini di mana segelintir pengguna sahaja yang boleh menyembunyikan gambar mereka daripada tetapan pengikut atau umum.
Kini, pihak pembangun telah memberikan akses kepada semua pengguna Instagram di dunia untuk mengarkib mana-mana gambar mereka.
Ciri ini boleh digunakan dengan menekan ‘tiga titik’ di bahagian atas kanan gambar tersebut, kemudian pilih “archive” atau “arkib”, seterusnya gambar tersebut akan dinyahkan daripada paparan profil. Ciri ini juga akan memudahkan pengguna tanpa perlu membuang gambar seperti sebelum ini.