Miliki HUAWEI MediaPad T5 Pada Harga RM999 – Ketersediaan 28 Januari 2019!

Seiring pelancaran HUAWEI Nova 4 baru-baru ini, HUAWEI turut memperkenalkan pendatang baru untuk segmen tablet keluaran mereka iaitu HUAWEI MediaPad T5.

HUAWEI MediaPad mempunyai paparan FHD+ bersaiz 10.1 inci (1920 X 1200) dan mempunyai berat yang sangat ringan iaitu 460g. Ia dijana oleh cip pemproses Kririn 659 dengan gandingan memori sebesar 3GB RAM + 32BG ROM.

Selain itu, ia didatangkan dengan kamera utama : 5MP (f/2.4) dan kamera swafoto : 2MP (f/2.4). Melengkapinya, bateri berkapasiti 5100 mAh bersama sokongan pengecasan 10W melalui port mikro-USB. Tablet ini turut dilengkapi dengan sistem audio Huawei Histen 5.0.

Bagi yang berminat, tanda harga yang ditawarkan untuk HUAWEI MediaPad T5 adalah RM 999. Ketersediaan bermula 28 Januari 2019! Setiap pembelian, pelanggan akan membawa pulang flip case bernilai RM119 secara PERCUMA! Happy shopping gais! ❤️ 

You might also like