Huawei Lancar Balong 5000 Cip Set Pelbagai Mod Dan 5G CPE Pro, Sambungan Tanpa Wayar Terpantas

Huawei secara rasmi telah melancarkan cip set pelbagai mod 5G, Balong 5000 dan peranti 5G komersial pertama yang dikuasakan oleh Balong 5000 iaitu Huawei 5G CPE Pro. Bersama-sama dengan 2 produk baharu ini akan memberikan sambungan tanpa wayar terpantas bagi telefon, kediaman, pejabat dan di mana sahaja.

Balong 5000 menyokong pelbagai produk 5G sebagai tambahan kepada telefon pintar, termasuklah peranti jalur lebar kediaman, peranti yang dipasang pada kenderaan dan modul 5G. Ia turut menyokong 2G, 3G, 4G dan 5G dalam cip tunggal yang mana mampu mengurangkan latensi dan penggunaan tenaga ketika menukar data di antara mod.

Untuk makluman, Balong 5000 merupakan cip set petama yang tampil di penanda aras industri bagi kelajuan muat turun 5G. Pada Sub-6GHz, Balong 5000 boleh mencapai kepantasan muat turun sehingga 4.6Gbps. Pada mmWave spectrum, kepantasan muat turun cip set ini boleh mencapai sehingga 6.5 Gbps. Ia juga menyokong standalone (SA) dan non-standalone (NSA) rangkaian bagi 5G.

Dalam pada itu, Huawei 5G CPE Pro yang dikuasakan oleh Balong 5000 pastinya menyokong 4G dan 5G rangkaian tanpa wayar. Pada rangkaian 5G, klip video 1GB HD boleh dimuat turun hanya dalam 3 saat dan video 8K boleh distrim dengan lancar tanpa lag.

Dalam menyesuaikan dengan teknologi Wi-FI 6 terbaharu, Huawei 5G CPE Pro mempamerkan kepantasan sehingga 4.8 Gbps.

Baca juga:

 

You might also like