ASUS Lancarkan ROG Zephyrus G14 – Dijual Pada Harga Bermula Dari RM4499!!

146

ASUS Malaysia hari ini telah mengumumkan peranti terbaharunya yang dikenali sebagai ASUS ROG Zephyrus G14 yang dijual pada harga RM4499.

Peranti ini tampil dengan 2 varian skrin bersaiz 14 inci iaitu IPS Full HD dengan kadar segar semula 120Hz dan IPS WQHD dengan kadar segar semula 60Hz.

Dari aspek kuasa dalaman pula ia tampil dengan beberapa varian iaitu AMD Ryzen 9 4900HS AMD Ryzen 5 4600HS dan AMD Ryzen 7 4800HS. Ia turut dihadirkan dengan memori DDR4 sehingga 16GB dan storan sehingga 1TB.

Grafik juga tidak kurang hebatnya apabila ia hadirkan dengan 4 pilihan iaitu NVIDIA GeForce RTX 2060 Max-Q, NVIDIA GeForce GTX 1650TiNVIDIA GeForce GTX 1660Ti dan NVIDIA GeForce GTX 1650.

Yang menarik mengenai peranti ini ia disertakan dengan panel Dot Matrix. Dihadirkan dengan 2 varian warna iaitu Moonlight White dan Eclipse Gray.

Harga dan ketersedian adalah seperti berikut:

  • Paparan Full HD + AMD Ryzen 7 + DDR4 16GB + SSD 512GB + NVIDIA GeForce GTX 1660Ti + AniMe Matrix:  RM6199 (mula dijual Ogos ini)
  • Paparan Full HD + AMD Ryzen 5 + DDR4 8GB + SSD 512GB + NVIDIA GeForce GTX 1650Ti 2060 + AniMe Matrix: RM5299 (Tersedia sekarang bagi Moonlight)
  • Paparan Full HD + AMD Ryzen 5 + DDR4 8GB + SSD 512GB + NVIDIA GeForce GTX 1650 + tanpa AniMe Matrix: RM4499 (Mula dijual Ogos ini)
  • Paparan WQHD + AMD Ryzen 9 + DDR4 16GB + SSD 1TB + NVIDIA GeForce RTX 2060 + AniMe Matrix:  RM7699 (Dijual sekarang)
  • Paparan Full HD 120Hz + AMD Ryzen 9 + DDR4 16GB + SSD 1TB + NVIDIA GeForce RTX 2060 + AniMe Matrix: RM7699 (mula dijual September ini)