
OnePlus Keluarkan Memo Larang Pekerja Jawab Sebarang Soalan Mengenai Sistem Operasi?!
Ada satu perkara menarik berlaku apabila dikhabarkan OnePlus telah mengeluarkan memo kepada pekerjanya agar tidak menjawab sebarang soalan mengenai sistem operasinya.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif OnePlus Mr. Pete Lau menyatakan bahawa syarikat akan “mengintegrasikan lebih jauh” dengan Oppo untuk “menjadi lebih cekap”. APa yang pasti “kemas kini perisian yang lebih pantas dan stabil” untuk penggunanya. Namun begitu, Encik Lauberkata bahawa OnePlus “akan terus beroperasi secara bebas”.
Namun, masih ada teka-teki yang belum terjawab yang mana ia berkisar tentang Android skin pada telefon pintar syarikat tersebut.
Buat yang tidak mengetahui, OnePlus versi global menggunakan OxygenOS manakala bagi versi China ia menggunakan HydrogenOS dan kemudian digantikan dengan ColorOS. Sejauh manakah perkembangannya perlu kita nantikan ketika ia dilancarkan kelak.