Huawei MediaPad T5 Tersedia Pada 28 Januari – Dijual Pada Harga RM999

Baru-baru ini Huawei mengumumkan bahawa Huawei MediaPad T5 akan tersedia pada 28 Febuari ini. Namun pihak huawei tampil untuk memperbetulkan tarikh berkenaan yang mana tarikh sebenar ia bakal tersedia adalah pada 28 Januari ini.

Huawei meminta maaf di atas maklumat yang kurang tepat pada majlis pelancaran tersebut dan berharap agar semua cakna dengan maklumat ini.

Peranti ini bakal tersedia di HUAWEI Experience Stores, zon pameran dan pengedar sah. Peranti ini akan dijual pada harga RM999. Bagi setiap pembelian HUAWEI MediaPad T5, ia turut didatangkan sekali dengan flip case secara percuma yang berharga RM119.

Bagi mendapat maklumat lanjut, anda bolehlah melayari laman sesawang Huawei atau terus ke halaman rasmi Facebook Huawei.

Baca juga: 

 

You might also like