Harga Siri OnePlus Terdedah? – Harga Boleh Buat Poket Korang Rabak!!!

Peminat OnePlus pastinya tidak sabar menantikan kehadiran peranti terbaharu dari jenama ini yang akan berlansung pada 14 April ini yang mana akan memperkenalkan siri OnePlus 8.

Menariknya, melalui satu maklumat tertiris daripada WinFuture, mereka telah mendedahkan harga jualan bagi siri ini yang boleh buat poket korang rabak.

  • OnePlus 8 8/128GB: €719 /€729 (kira-kira RM3395 – RM3342)
  • OnePlus 8 12/256GB: €819/€829 (kira-kira  sekitar RM3867 – RM3914)
  • OnePlus 8 Pro 8/128GB: €919 /€929 (kira-kira RM4339 – RM4386)
  • OnePlus 8 Pro 12/256 GB: €1009/€1019 (kira-kira RM4764 – RM4811)

Menurut maklumat yang terdedah, OnePlus ini bakal tampil dengan pemproses yang berkuasa Snapdragon 865 dan hadir dengan sokongan 5G. Skrin juga memang terbaik apabila ia disertakan dengan 120Hz.

Hadir dengan 3 varian warna Onyx Black dan Glacial Green  bagi OnePlus 8 Pro. Manakala bagi OnePlus 8 Pro  pula hadir dengan dengan warna tambahan Ultramarine Blue.

Jadi sama-sama kita nantikan kesahihan info ini.

You might also like