
Mengejut dan terkejut! HUAWEI hari ini berkongsi berita gembira apabila mengumumkan bahawa peranti terbaru mereka iaitu HUAWEI Nova 5T bakal membuat kemunculan sulung secara global di acara KL Fashion Week 2019 – dijadualkan berlangsung pada 25 Ogos 2019, jam 10.30 bertempat di Pavillion, Kuala Lumpur.
Haaa…Teringin jadi yang terawal menyaksikan HUAWEI Nova 5T secara live? Inilah peluang korang! Bersempena meraikan kedatangan peranti ini, HUAWEI menganjurkan peraduan fotografi, HUAWEI #novaOOTD – menawarkan peluang kepada pemenang bertuah untuk mendapatkan akses ke acara KL Fashion Week 2019. Peraduan bemula HARI INI – 22 Ogos 2019.
Cara Sertai:
-
Langkah 1 : Ambil gambar OOTD dengan pakaian dan gaya paling menarik
-
Langkah 2 : Muat naik di Facebook atau Instagram & sertakan hashtag : #WeAreNova, # novaOOTD & @huaweimobilemy