Huawei Mate 10 & Mate 10 Pro – Kemas Kini EMUI 9.0 Mula Diedarkan Secara Berperingkat

1246
- Iklan -

Kemas kini EMUI 9.0 sudah bermula diedarkan dari pihak Huawei Malaysia secara berperingkat, pengguna Huawei Mate 10 dan Mate 10 Pro akan menerima kemas kini melalui semakan di Settings > System > Software Update mulai hari ini.

EMUI 9.0 merupakan antaramuka yang berasaskan sistem operasi Android 9.0 Pie, kemas kini baharu ini hadir bersama ciri-ciri menarik seperti sokongan kawalan gesture, penambahbaikan GPU Turbo 2.0 serta pembelajaran mesin pada penggunaan bateri dan pencahayaan skrin.

Siri Huawei Mate 10 merupakan peranti premium dengan spesifikasi tinggi, harga jualan terkini adalah RM2,169 untuk versi Mate 10, manakala RM2,924 untuk versi Mate 10 Pro.

[/video]

[/video]

___________________________________________

Artikel Berkaitan: