Boost Menyambut Tahun Harimau dengan 18 Juta Boost Stars Bertuah & Ganjaran Menarik untuk Rakyat Malaysia

Menjelang Tahun Baru Cina, Boost menghadiahkan 18 juta Boost Stars serta ganjaran dan tawaran hebat yang takkan ingin dilepaskan pada kempen ‘Roar into 2022, Hu Wants More Huat?’*.Berlangsung dari 8hb Januari sehingga 15hb Februari, mereka yang meraikan Tahun Baru Cina boleh mulakan persiapan untuk sambutan meriah di Tahun Harimau, dan menyambut kesihatan dan kemakmuran sepanjang 2022. 

Tambah “huat” anda dengan penjimatan lebih daripada RM230,000 dan Ang Pow RM8 percuma  

Untuk berkongsi keceriaan musim perayaan dan menyebarkan “huat” di musim menjelang Tahun Baru Cina, Boost menyediakan penjimatan bernilai lebih daripada RM230,000 melalui Ang Pow RM8 percuma.

Ang Pow RM8 boleh ditebus di Katalog BoostUP pada 8 Januari, 18 Januari, 28 Januari serta 8 Februari. RM8 Ang Pow ini akan dimasukkan di dalam Partner Wallet pengguna dan boleh igunakkan untuk membeli-belah di dalam atau luar talian, membayar bil dan banyak lagi. Jangan lupa untuk singgah pada tarikh tersebut untuk mendapatkan jimatan apabila membeli-belah di musim Tahun Baru Cina!  

Selain itu, Boost menambah keriangan kepada sambutan Tahun Baru Cina, dengan cashback sebanyak RM130,000 apabila membeli daripada peniaga tertentu: 

  • Belanja minimum RM20 untuk menerima RM3 cashback
  • Membeli-belah dengan perbelanjaan minimum RM80 untuk menerima RM8 cashback
  • Terima RM18 cashback apabila berbelanja RM180

Terima Boost Stars bertuah dengan penjimatan bernilai lebih daripada RM168,000

Memahami pengguna pasti mempunyai senarai barang pembelian yang panjang ketika bersiap untuk hari perayaan, Boost akan memberi Boost Star tambahan apabila anda membeli-belah di peniaga tertentu.

Sama ada membeli barangan dapur, membeli pakaian Tahun Baru Cina yang sudah lama dihasratkan atau bersiap untuk perjalanan balik kampung, pastikan keperluan anda lengkap tersedia dengan Lazada, Taobao, Christy Ng, Doublewoot, Watsons Online, Estee Lauder, Malaysia Airlines, dan banyak lagi untuk menerima Boost Stars yang membawa tuah: 

  • Untuk memulakan musim perayaan, pada 8hb Januari, Boost akan menganjurkan Online Boost Day bulanan, di mana anda boleh membeli-belah di rakan niaga dalam talian untuk menikmati 888 Boost Stars dengan perbelanjaan minimum RM38. 
  • Bermula dari 10hb Januari sehingga 15hb Februari, nikmati 8X Boost Stars dengan perbelanjaan minimum dalam talian sebanyak RM88. 
  • Tidak lupa juga, belanja minimum RM88 di kedai peniaga luar talian Boost seperti Eu Yan Sang, Bake with Yen dan Hai Di Lao, dan terima ganjaran 8,888 Boost Stars dari 4hb Februari sehingga 15hb Februari.
  • Menggandakan keceriaan, setiap transaksi yang dilakukan dari 8hb Januari sehingga 15hb Februari akan melayakkan anda untuk satu cabutan bagi peluang memenangi 188,888 Boost Stars. 88 pemenang bertuah akan dipilih di seluruh negara sepanjang kempen, jadi lekas sediakan senarai membeli-belah anda!

Selain itu, Boost Stars yang dikumpul boleh digunakan untuk menebus baucar di Katalog BoostUP dan memberi penjimatan dan menyertai BoostUP Pick & Win untuk peluang membawa pulang hadiah eksklusif.

Sebarkan tuah virtual dengan eAng Pow

Memandangkan banyak keluarga mungkin tidak dapat bertemu di musim Tahun Baru Cina ini, Boost memperkenalkan semula ciri popular eAng Pow, bagi memastikan tradisi pertemuan keluarga tidak pudar. Dengan eAng Pow, pengguna boleh menyebarkan tuah dan ucapan virtual kepada keluarga dan kawan tersayang di mana-mana sahaja di Malaysia. 

Pengguna boleh memilih daripada corak paket eAng Pow yang ceria, dan menulis salam khusus untuk rakan dan sanak saudara. Musim perayaan juga masa untuk berbakti kepada komuniti yang memerlukan. Pengguna boleh memilih untuk menyampaikan eAng Pow sebagai eDerma kepada senarai NGO dan badan kebajikan yang terdapat di aplikasi Boost, bagi membantu mereka yang mengalami kesukaran untuk membina semula kelangsungan hidup berikutan 2021 yang penuh cabaran.

Dalam kesibukan bersiap untuk merayakan Tahun Baru Cina, Boost ingin juga mengingatkan semua rakyat Malaysia untuk terus mengamalkan penjarakan sosial dan memilih bayaran tanpa tunai, demi pengalaman membeli-belah yang lebih selamat ketika kita masih berdepan ancaman COVID-19. 

Dengan tawaran dan ganjaran menarik yang bermula 8hb Jan, para pengguna boleh membeli semua keperluan Tahun Baru Cina dengan selesa dari rumah. Lebih banyak tawaran hebat akan diperkenalkan sepanjang musim Tahun Baru Cina, jadi jangan lupa untuk mengikuti laman sosial kami di Facebook (facebook.com/myboostapp) dan Instagram (instagram.com/myboostapp). Sebagai alternatif, sila layari www.myboost.com.my.

You might also like