
Kemas Kini MIUI 8
Ini merupakan berita terbaru berkenaan versi antaramuka MIUI. Dijangkakan bahawa pada bulan Ogos ini MIUI 8 akan dilancarkan secara rasmi untuk peranti Xiaomi. Berdasarkan imej-imej teaser, antaramuka baru ini dilihat lebih segar dengan tona warna ceria, minimal dan juga lebih mudah digunakan kerana menggunakan Bahasa Inggeris sebagai panduan utama sistem operasi.
Bagi pemilik peranti Xiaomi, anda boleh mencuba dahulu antaramuka ini dengan memuat turun ROM versi Beta yang baru sahaja dimuat naik Xiaomi. Model-model yang menyokong versi Beta ini adalah Mi4i, Redmi Note 2, Redmi Note 3G, Redmi Note 4G , Redmi Note Prime, Redmi 2 dan Mi Max 32 GB.