
Tinggal sehari sahaja rakyat Malaysia akan sama-sama meraikan Hari Kebangsaan yang ke-59, tema #SehatiSejiwa sekali lagi dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan bagi memupuk semangat bersatu-padu yang telah lama menjadi amalan masyarakat di Malaysia.
Sempena hari besar-besaran ini, Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) turut anjurkan satu kempen yang penuh bermakna bagi seluruh rakyat Malaysia. Kempen #BukaLaHati bertujuan menyampaikan mesej perpaduan dalam semangat persefahaman dan toleransi di antara satu sama lain seperti tema tahun ini. Sehubungan itu, Digi akan muat naik satu siri video yang akan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia di laman sosial bermula 25 Ogos sehingga Hari Malaysia pada 16 September 2016.
Selain itu, sempena sambutan kemeriahan seluruh Malaysia, Digi juga menghadiahkan percuma Pek Digi Prepaid Live kepada warganegara Malaysia di semua kedai Digi di seluruh negara dari 30 Ogos hingga 16 September sementara stok masih ada.
Pelanggan Digi prabayar yang melanggan atau memperbaharui pelan bulanan Internet Unlimited mereka dari 30 Ogos hingga 2 September, juga boleh menikmati 59 minit masa bercakap percuma. Manakala pelanggan yang ingin mencari smartphone baru, boleh dapatkan Samsung Galaxy J3 pada harga RM299 sahaja dengan pelan Digi Postpaid 48.

