Fungsi Siaran Video Secara Langsung Mungkin Hadir Pada Instagram

1 Instagram sentiasa cuba mengembangkan profil servis dan kandungan mereka, beberapa bulan dahulu mereka memperkenalkan fungsi Stories yang telah pun menerima reaksi yang memberangsangkan dari pengguna, fungsi ala-ala Snapchat itu membolehkan pengguna berkongsi video pendek bersama pengikut.

2Yang terbaru, anda kini boleh tag rakan, letakkan pautan dan juga menggunakan fungsi Boomerang di dalam Stories. Fungsi ini baru sahaja dilancarkan semalam dan ia memberikan kebolehan interaksi yang lebih baik pada pengguna Instagram.

Menurut CEO Instagram, Kevin Systrom, mereka sedang berusaha membangunkan fungsi siaran video secara langsung ke dalam aplikasi mereka. Walau bagaimanapun beliau tidak berkongsi dengan lebih lanjut butiran mendalam fungsi tersebut. Nampaknya kita perlu tunggu dan lihat sahaja.

You might also like