Pek Nilai Terbaharu Tune Talk, #SureOne – Pada Harga Serendah RM1

 


Membuka lembaran tahun 2019, Tune Talk menawarkan kepada pengguna Pek Nilai Terbaharu Tune Talk iaitu #SureOne yang menawarkan data tanpa had dengan sambungan berkelajuan tinggi pada harga serendah RM1.

Dengan pek terbaharu ini, pengguna menikmati data harian serendah RM1 dan boleh memilih sama ada mereka ingin berbual tanpa henti atau melayari media sosial juga mendengar muzik kegemaran sepanjang hari.

Bagi pelanggan sedia ada yang baru saja menukar atau seseorang yang baru mengaktifkan pek terbaharu ini juga akan menerima 10GB internet asas percuma.

Berikut merupakan maklumat terperinci pek nilai Tune Talk terbaharu ini :

Bagi menikmati manfaat bagi pakej terbaharu ini, pelanggan sedia ada digalakkan untuk menukar kepada pek terbaharu melalui Tune Talk app atau SMS sebelum 28 Febuari, sementara pelanggan baharu yang mendaftar bermula dari 17 Januari 2019 akan secara automatik berada di pek prabayar baru.

Pelbagai lagi inovasi baharu yang akan disajikan pada tahun ini, jadi nantikan ya!!!

Untuk mendapatkan maklumat yang terperinci, bolehlah melayari laman sesawang Tune Talk.

Baca juga: 

 

You might also like