Miliki Razer Phone 2 di U Mobile Menerusi Pelan dan Promosi Yang Ditawarkan

Buat peminat peranti gaming popular, Razer phone 2, ini merupakan peluang anda untuk memiliki telefon ini. U Mobile telah melancarkan promosi U Mobile’s Razer Phone 2.

Bagi 500 pelanggan pertama U Mobile yang membeli telefon ini di mana-mana cawangan U Mobile  akan menerima Razer Gold yang bernilai RM100.

Walaubagaimanapun, jika anda salah seorang daripada 50 orang pelanggan yang membeli di U Mobile Experience Centre di Berjaya Times Square, anda akan menerima 100 Razer Gold yang bernilai RM100 dan Razer Swag Pack eksklusif yang mengandungi Razer Hammerhead BT headset, Razer Chroma mug, Team Razer Coaster, Team Razer T-shirt dan Team Razer lanyard.

Para pelanggan boleh membeli Razer Phone 2 dengan pelan postpaid yang berikut:

Pelan ansuran U Mobile’s UPackage Razer Phone 2: 
Pelanggan yang layak boleh membeli telefon ini secara ansuran menerusi pelan ansuran berikut:

  • Unlimited HERO P139: Kadar ansuran bulanan ialah RM120 bagi 24 bulan
  • Unlimited HERO P99: Kadar ansuran bulanan ialah RM129 bagi 24 bulan

Untuk maklumat yang lebih terperinci serta terma dan syarat bagi pelan dan promosi, layari laman sesawang U Mobile atau singgah di mana-mana cawangan U Mobile yang berdekatan anda.

Baca juga: 

 

You might also like