‘Selamat Hari Persahabatan’ Dari Facebook Untuk Kawan Terbaik Anda!

Anda mempunyai sahabat yang sanggup berada di sisi semasa susah mahupun senang? Sempena sambutan ‘Hari Persahabatan’ yang diraikan pada 4 Februari setiap tahun, anda boleh menghargai mereka dengan adanya video pendek dari Facebook ini.

Selain boleh menggunakan grafik khas untuk memuji rakan-rakan di laman sosial Facebook, terdapat juga anugerah yang boleh diberikan kepada rakan-rakan antaranya ‘Bestie/Kawan Baik’, ‘Pendengar Hebat’ serta ‘Sentiasa Buat Saya Gembira’.

Bukan itu sahaja, terdapat juga tiga efek menarik yang boleh digunakan untuk menyunting video pendek agar ia lebih menarik. Fungsi ini akan diperkenalkan secara berperingkat. ‘Selamat Hari Persahabatan’ diucapkan kepada semua pengguna Facebook!

You might also like