Sokongan Dwi Kamera Pada Xiaomi Redmi Note 4?!

pic 1Tahun 2016 ini telah mula memperlihatkan trend penggunaan dwi kamera pada telefon pintar apabila lebih banyak pengeluar yang memperkenalkan model terbaru keluarannya dengan sokongan spesifikasi penggambaran itu.

Nampaknya kali ini giliran Xiaomi pula untuk tampil dengan sokongan dua buah lensa kamera, apabila pendedahan awal Xiaomi Redmi Note 4 telah tersebar di Internet baru-baru ini. Berdasarkan kepada ketirisan gambar yang telah tersebar, selebriti Liu Haoran telah dilihat memegang peranti terbaru keluaran Xiaomi yang jelas memperlihatkan sokongan dua buah lensa kamera di bahagian belakangnya.pic 2

Peranti yang dipercayai sebagai model Redmi Note 4 itu telah menempatkan kedua-dua lensa kamera itu antara LED Flash. Walaupun tidak banyak maklumat yang diperolehi, ketiadaan sensor pengimbas cap jari di panel belakang sebagaimana model Redmi Note 3 sebelum ini, mungkin menjanjikan penyediaan pengimbas cap jari dengan butang Home fizikal sama seperti model Mi 5. Selain itu juga, Xiaomi Redmi Note 4 ini juga dilihat menggunakan kerangka logam jenis unibodi dengan kemasan brushed metal yang berkilat.

You might also like