Jom #GRABDURIAN Dengan Grab

GrabDurianKegilaan rakyat Malaysia dengan raja segala buah memang tidak dapat dinafikan, terutamanya apabila keluarga durian Musang King terlibat sekali! Sebab itu Sabtu ini (16 Julai 2016), di antara 11:00-18:00 Grab sekali lagi membawakan kempen #GrabDurian!

Untuk semua pencinta durian di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru, Grab kini menawarkan durian hanya pada harga RM10 dan akan dihantar kepada anda secara percuma.

Pelbagai jenis durian ditawarkan termasuk Musang King, D24, D100 dan banyak lagi. Apa yang anda perlu lakukan adalah beli durian anda dengan tap pada butang GrabDurian yang muncul pada aplikasi Grab pada Sabtu Julai 16, 2016.

Jika anda berada di Bangsar hari Sabtu ini pada jam 11 pagi, anda boleh melihat wajah-wajah Grab sekitar Bangsar Village 2 kerana mereka akan memberikan durian percuma untuk 100 orang yang bertuah. Apa yang anda perlu lakukan adalah:

GRABDURIAN_Mock 2Langkah 1: Cari Grab “6 Pack Men” yang akan merayau di kawasan tersebut.
Langkah 2: Ambil gambar dengan mereka
Langkah 3: Kongsi di media sosial anda
Langkah 4: Bawa pulang sebungkus durian!
Pastikan anda bersiap sedia awal di sana, kerana promosi percuma ini hanya sah untuk 100 orang pertama.

 

MUAT TURUN:

 

You might also like