
Akhirnya setelah sekian lama menunggu, HTC 10 kini telah tiba secara rasmi dalam pasaran Malaysia. Peranti binaan besi sedang hangat di pasaran US kerana kualiti binaan dan kemas kini antaramuka HTC Sense yang lebih matang, kemas dan bersih.
Selain tambah baik kualiti binaan dan reka bentuk yang segar, HTC juga melakukan perubahan pada kamera mereka. HTC 10 dilengkapi kamera 12 MP HTC UltraPixel yang dilengkapi penstabil imej optikal. Kamera ini juga boleh merakam video gerak perlahan, kawalan manual dan juga fail format RAW.
Dari dahulu lagi HTC sememngnya terkenal dengan sistem audio mereka yang dikenali dengan BoomSound. Namun pada model terbaru ini HTC menggunakan pendekatan berbeza, speaker tidak lagi berada di panel hadapan seperti sebelum-sebelum ini. HTC meletakkan sistem dwi speaker pada bahagian bawah (selari dengan port USB Type C) dan juga pada bahagian panel hadapan yang bertindak sebagai tweeter dan woofer.
HTC 10 dilengkapi cip pemproses Qualcomm Snapdragon 820 dan juga 4GB RAM, jadi tiada masalah untuk anda melakukan multitasking dan juga melancarkan aplikasi yang memerlukan beban kerja yang tinggi. Memori dalaman 32GB pula ditambah dengan memasukkan MicroSD, HTC 10 menyokong memori tambahan MicroSD sehingga 2TB.
Jika anda berminat untuk mendapatkan HTC 10, ia dijual di semua pengedar sah HTC seluruh Malaysia dan juga 11street. Terdapat dua pilihan warna yang tersedia iaitu Carbon Grey dan Topaz Gold, HTC 10 dijual pada harga RM 2,799.
- Pra-Tempah HTC 10 Sudah Bermula, Dengan Harga RM 2,799
- HTC 10 Akhirnya Didedahkan Secara Rasmi Kepada Umum