HTC 10 Akhirnya Didedahkan Secara Rasmi Kepada Umum

876
- Iklan -

Perfume - HTC 10 - Handset - Image - GlobalSetelah sekian lama menunggu, akhirnya HTC dengan rasminya telah mendedahkan sekaligus melancarkan peranti terbarunya kepada umum dengan kemunculan HTC 10 baru-baru ini. Dengan mengambil kira maklum balas pengguna dan juga kombinasi keperincian yang menyeluruh, HTC 10 dipercayai mampu memenuhi apa yang diperlukan pada sebuah peranti flagship. Berdasarkan kepada pendedahan yang telah dibuat, jelas dapat dilihat HTC 10 masih meneruskan elemen rekaan yang premium dengan sokongan kerangka unibodi yang diperbuat daripada logam dan juga sokongan audio yang telah dipertingkatkan.

Perfume - M10 - Handset - Image - Global - TopazGold

HTC 10 yang tampil dengan paparan skrin berukuran 5.2 inci beresolusi 1440 x 2560 piksel ini telah diserikan lagi dengan panel Super LCD 5 yang terbaru. Bahkan ia juga telah dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 820 berkelajuan 2.2GHz dengan sokongan RAM mencecah 4GB. Manakala memori dalaman pula tersedia dalam dua pilihan kapasiti sama ada 32GB ataupun 64GB, dan turut menyokong memori tambahan dengan penyediaan slot kad microSD. Apa yang lebih istimewanya, HTC 10 sebenarnya lebih memfokuskan pada keupayaan penggambarannya dengan sokongan teknologi OIS (Penstabilan Imej Optikal) pada kedua-dua lensa kamera utama dan juga depan yang masing-masing tampil dengan 12 Megapiksel HTC Ultrapixel dan 5 Megapiksel.