
Selepas kemunculan Vivo V5 di pasaran tempatan, Vivo hari ini telah memperkenalkan model terbarunya, V5Plus yang merupakan model peningkatan bagi V5. Apa yang istimewanya model terbaru dari Vivo ini? Ia adalah peranti pertama yang tampil dengan penggambaran dwi kamera hadapan beresolusi 20 Megapiksel Sony IMX376 dan 8 Megapiksel dengan lampu tataan cahaya khas yang dikenali sebagai softlight.
Hasil gambar swafoto yang dihasilkan pastinya lebih natural dan terang ketika anda mengambil selfie di kawasan yang mempunyai cahaya terhad. Lebih istimewa, kamera hadapan juga boleh mengambil penggambaran bokeh.
Vivo V5Plus akan mula dijual pada hari ini, 21 Januari 2017 dengan harga RM 1,799 dan pembeli terawal bakal mendapat hadiah misteri sementara stok masih ada.
Spesifikasi
| Sistem Operasi | Android 6.0 Marshmallow (Funtouch OS 3.0) |
| Pemproses | Qualcomm Snapdragon 625 |
| Paparan Skrin | 5.5 inci (1920 x 1080 piksel) |
| Memori | ROM: 64GB, RAM: 4GB |
| Kamera Utama | 16 Megapiksel |
| Kamera Hadapan | 20 Megapiksel + 8 Megapiksel (softlight) |
| Bateri | 3160mAh (Pengecasan Pantas) |
| Teknologi Pengecasan Pantas | Ya (0.2 saat) |

