Pra-Tempah Vivo V5 Plus Sudah Dibuka!

1-jpgJumaat nanti Vivo akan melancarkan V5 Plus yang merupakan versi segar V5. Model terbaru ini akan mula dijual pada 21 hari bulan Januari nanti, namun sekiranya anda mahu cepat-cepat mendapatkan peranti ini tanpa perlu ke kedai, anda sudah boleh mula melakukan pra-tempah melalui DirectD.

2Vivo V5 Plus dilengkapi pemproses Snapdragon 625 Octa-core, 4GB RAM dan 64GB ROM. Dari segi optikal, model ini yang mempunyai kamera belakang 16MP belakang dan kamera hadapan dwi-lensa 20MP + 8MP.

Kami akan berada di acara pelancaran Vivo V5 Plus Jumaat ini, jadi tunggu berita selanjutnya dari kami.

You might also like