Pelancaran OPPO F7 Di Malaysia Bakal Menampilkan Hebe Tien Dan Neelofa

Majlis pelancaran OPPO F7 bakal diadakan pada minggu hadapan bertarikh 19 April 2018. Seperti yang telah diumumkan semalam, OPPO telah melantik seorang duta baharu iaitu Hebe Tien untuk berganding bersama Neelofa, selaku duta senior untuk produk OPPO.

Hari ini, sekali lagi OPPO berkongsi berita baik kepada peminat di luar sana dimana dua selebriti ini bakal ditampilan pada majlis pelancaran tersebut. Jika yang masih belum kenal siapa Hebe Tien, beliau merupakan penyanyi dan pelakon yang berasal dari Taiwan. Hebe Tien terkenal dengan lagu “A Little Happiness” malah tontonan muzik video beliau di YouTube sudah menjangkau 500 juta tontonan.

Neelofa dan Hebe Tien bakal berada di kaca skrin telefon pintar anda pada 19 April, jam 4.15 petang di laman rasmi Facebook OPPO Malaysia. Jadi, kepada peminat di luar sana jangan lepaskan peluang menyaksikan persembahan dua orang artis ini di saluran YouTube OPPO Malaysia.

You might also like