OPPO Menyambut Bulan Ramadan Bersama Anak Yatim – Setiap Pembelian OPPO R9s Black Edition akan Disumbangkan Kepada Rumah Kebajikan

Sempena bulan Ramadan bulan membuat amal kebaikan, OPPO Malaysia ingin mengambil kesempatan dengan memberi bantuan kepada kanak-kanak yang memerlukan. Oleh itu, setiap keuntungan daripada penjualan OPPO R9s Black Edition akan disumbangkan ke rumah anak-anak yatim seluruh Malaysia. Turut serta dalam kempen ini ialah Neelofa, duta R9s Black Edition turut menyeru kepada rakyat Malaysia agar menyokong kempen yang diadakan bermula pada 5 Jun lepas sehingga 13 Jun ini.

Selain itu, OPPO Malaysia juga akan menganjurkan kunjungan ke rumah anak-anak yatim di Kuala Lumpur, Ipoh, Kedah, Johor Bahru, Selangor, Kuantan, Sabah dan Sarawak. Setiap sumbangan akan diagihkan semasa hari lawatan seperti keperluan asas, makanan, pakaian, barangan mandian, buku, beg, payung dan lain-lain.

Kepada O-fans yang berminat, anda boleh menghantar borang sukarela di SINI.

 

You might also like