
Percakapan sering tersekat-tersekat atau tidak jelas ketika membuat panggilan bukan lagi alasan, ini kerana Huawei dan U Mobile telah melancarkan ciri VoLTE, iaitu panggilan yang menggunakan rangkaian 4G LTE kini boleh digunakan pada peranti Huawei Mate 9 di seluruh Malaysia.
Selain itu, rangkaian 4G U Mobile ini juga menyokong kelajuan tinggi kepada pelanggan untuk menstrim Internet atau menonton video pada kualiti yang tinggi. Telefon pintar Huawei Mate 9 salah satunya peranti keluaran Huawei yang menyokong fungsi VoLTE. Telco lain seperti Digi, Yes 4G dan Webe juga menyokong fungsi ini.
Huawei Mate 9 merupakan peranti yang dibekalkan dengan cip pemproses HiSilicon Kirin 960 bersama RAM 4GB serta ROM 64GB. Ia juga hadir dengan dwi-kamera 20 Megapiksel di belakang dan 8 Megapiksel di bahagian kamera depan, didatangkan dengan warna pilihan Champagne Gold, Mocha Brown dan Black.
Walau bagaimanapun, Huawei sentiasa komited untuk menghasilkan lebih banyak lagi telefon pintar yang menyokong fungsi VoLTE pada masa hadapan.