
Shopee kembali lagi dengan kempen ‘Jaminan Harga Terendah Telefon Pintar’ yang diadakan sepanjang bulan Jun ini! Menawarkan potongan harga sehingga 80% untuk jenama Apple, Samsung, dan Xiaomi, ketiga-tiga jenama ini telah mendapat sambutan yang baik sejak bulan April yang lalu, jadi Shopee ingin meneruskan lagi penjualan ke atas jenama tersebut.
Menurut Pengarah Urusan Shopee, Ian Ho, jika pembeli mendapati telefon yang dijual dalam platfom lain lebih murah untuk produk yang sama, mereka akan membayar perbezaan harga sebanyak 120% kepada pembeli dalam bentuk baucar tunai. Shopee juga menawarkan kepada anda telefon pintar pelbagai jenama termasuk Samsung Galaxy S8, iPhone 7 dan Xiaomi Note 4 bersama-sama aksesori powerbank, audio dan peranti refurbished.
Kempen ini akan berakhir pada 30 Jun 2017, jadi tak perlu berlengah lagi!!!

