
HONOR Band 5 baru sahaja diperkenalkan, kini edisi sport pula akan dijual mulai 11 November 2019 pada harga RM79.
Lazada akan membuka pra-tempahan eksklusif mulai 28 Oktober hingga 10 Novermber, yang boleh dibeli pada harga promosi iaitu RM69 sahaja!
Edisi Sport HONOR Band 5 ini boleh dikatakan sebuah gelang tangan yang mesra alam, kerana talinya diperbuat daripada plastik kitar semula. Ia menyokong kalis air sedalam 50 meter, sesuai untuk pengguna yang suka berenang. Ketahanannya pula boleh berfungsi selama 14 hari dengan sekali isian penuh.
Ada lagi ciri-ciri khas disediakan dalam edisi sport ini, antaranya Workout Form Guidance, Basketball Mode dan Professional Running Guide, yang mana ia akan mengesan pergerakan pengguna melalui 6-Axis Motion Tracking Sensor.


