
Netflix hari ini dengan penuh gembiranya melancarkan pelan khas untuk peranti mudah alih, menjadi negara kedua yang menerima pelan tersebut selepas India.
Pelan ini ditawarkan pada harga RM17 sebulan, jauh lebih rendah berbanding pelan Basic yang ditawarkan pada harga RM33/sebulan sebelum ini. Anda masih boleh muat turun terlebih dahulu kandungan yang ingin ditonton kemudian, kualiti kandungan hanya tersedia dalam format SD (Standard Definition) dan hanya boleh ditonton melalui aplikasi Netflix di Android atau iOS sahaja.
Tambahan lagi, pelan ini juga hanya boleh ditonton pada satu peranti pintar sahaja pada satu masa, sebarang maklumat yang lebih terperinci boleh layari laman rasmi Netflix.