
Siri Redmi K20 Catat Jualan Menakjubkan, Berjaya Jual 1 Juta Unit Dalam Bulan Pertama Jualan
Model peranti Redmi pastinya sangat popular. 2 model terbaharu iaitu Redmi K20 Pro dan juga Redmi K20 di China. Berita baik buat mereka apabila mereka telah berjaya menjual 1 juta unit peranti siri Redmi K20 bagi bulan pertama jualan.
Pengumuman tersebut dilakukan menerusi 1 muat naik tweet menerusi akaun Donovan Sung yang menyatakan ia telah terjual sebanyak 1 juta unit dan berterima kasih kepada peminat Mi (Mi Fans).
Kejayaaan jualan ini mungkin disebabkan oleh spesfikasi yang menakjubkan pada harga yang murah. Terdapat 4 varian yang dijual bagi model ini yang mana harga jualan bagi kem-empatnya adalah di antara kira-kira RM1,512 hingga kira-kira RM1,820.
Turut mengeluarkan versi bagi kelas pertengahan iaitu Redmi K20 yang dikenali sebagai Xiaomi Mi 9T bagi pasaran Malaysia.Ia di tawarkan dalam 2 varian iaitu 6GB + 64GB (kira – kira 1199) dan 6GB + 128GB (kira-kira RM1399).