
HUAWEI Nova 5 Pro Habis Terjual Dalam 2 Jam Di China!
HUAWEI pastinya sebuah jenama telefon pintar yang popular. Baru-baru ini peranti terbaharunya, siri HUAWEI Nova 5 iaitu Nova 5, Nova 5 Pro dan Nova 5i pastinya dinantikan oleh peminat. Menariknya, ketika ia mula dijual di China pada 28 Jun lalu Nova 5 Pro telah dijual dan menunjukkan penerimaan positif dan telah habis terjual dalam masa 2 jam pada hari pertama jualan.
Penerimaan positif ini berkemungkinan disebabkan oleh keupayaannya yang menakjubkan apabila ia dihadirkan dengan cipset Kirin 980 sertakan tampil dengan 8GB RAM dan storan sebesar 256GB.
Aspek paparan juga tidak mengecewakan apabila hadir dengan OLED 6.39 inci FHD+. Aspek kamera jugak tidak boleh disangkal lagi kerana ia sangat baik apabila tampil dengan 48MP + 16MP (Ultra Wide Angle) + 2MP (Depth sensor) + 2MP (Macro). Kamera hadapan pula ialah 32MP.

Kapasiti bateri juga dihadirkan dengan 4000mAh dan pengecasan pantas HUAWEI SuperCharge 40W. Jadi tiada masalah dari aspek ketahanan bateri.
Bagi Nova 5 Pro dengan varian 8GB + 128GB, ia dijual pada harga CNY2,999 (kira-kira RM1,810). Bagi varian 8GB + 256GB pula dijual pada harga CNY3,399 (kira-kira RM2,052).

