
[Tertiris] Gambar OnePlus 6 Dengan Kemasan Kaca?!
OnePlus merupakan salah satu jenama yang menghasilkan peranti telefon pintar premium dengan harga yang berpatutan. Kini terdapat ura-ura mengenai kedatangan peranti flagship terbaru mereka, OnePlus 6.
Muncul imej yang dikatakan milik OnePlus 6 sedang hangat diperkatakan di Internet. Jika betul ini gambar OnePlus 6, ia adalah telefon pintar pertama milik OnePlus yang menggunakan kemasan kaca untuk peranti mereka. Dengan penggunaan panel kaca, secara tidak langsung memberitahu kemungkinan OnePlus 6 hadir dengan sokongan pengecasan tanpa wayar. Malah pada panel belakang turut dilengkapi pengimbas cap jari.
Pada panel hadapan pula, telefon pintar ini hadir dengan paparan skrin ‘rongak’ serta bingkai nipis yang sememangnya menjadi trend masa kini. Menguatkan lagi dakwaan imej yang tertiris adalah peranti OnePlus 6 adalah sistem operasinya, di mana OnePlus menggunakan sistem operasi OxygenOS yang berasaskan Android. Bagi spesifikasi lain, tiada maklumat yang didedahkan selain pemproses Qualcomm Snapdragon 845.

