Kamera Samsung Galaxy S9+ Mendahului Carta DxOMark Paling Atas

Kemunculan Samsung Galaxy S9 berjaya menarik perhatian ramai sejak ia dilancarkan pada awal minggu ini. Oleh itu, DxOMark hari ini telah mengemas kini carta skor kamera mudah alih dengan menunjukkan Samsung Galaxy S9+ berada di kedudukan paling atas setakat ini.

Berdasarkan carta yang dikeluarkan, Samsung Galaxy S9+ telah mendapat skor sebanyak 99 sekaligus meninggalkan Google Pixel 2 XL dan iPhone X di nombor dua dan ketiga. Ini menunjukkan jabatan kamera pada peranti Samsung terbaru benar-benar berjaya dalam merakam gambar meliputi kontras, warna, autofokus, dan juga video.

Melalui ujian yang dijalankan DxOMark, kamera pada peranti ini sangat cemerlang dalam melakukan zoom sehingga 4x walau bagaimanapun, untuk penggambaran bokeh ia menerima skor yang rendah.

Apa yang unik mengenai sistem kamera Samsung Galaxy S9+ ialah fungsi aperture boleh-laras f/2.4 dan f/1.5. Menerusi teknologi ini, Galaxy S9 / S9+ dinobatkan sebagai telefon pintar yang pertama di dunia yang mengenakannya.

Sumber

You might also like