OnePlus 3 Tampil Dalam Dua Varian Dengan Sokongan RAM 4GB Dan 6GB?!

oneplus-logo-1Tidak dinafikan lagi berita mengenai ketirisan awal berkaitan spesifikasi serta penampilan fizikal sesebuah peranti bukan lagi sesuatu perkara yang mengejutkan. Nampaknya OnePlus 3 juga tidak terlepas daripada perkara ini apabila beberapa gambar ketirisan peranti tersebut telah banyak disebarkan sejak kebelakangan ini.meitu_1

Tetapi berdasarkan kepada sumber yang terkini, OnePlus 3 dikatakan akan menampilkan sokongan paparan skrin berukuran 5.0 inci atau 5.5 inci dengan resolusi 1080 x 1920 piksel. Ia juga bakal mempertaruhkan pemproses Qualcomm yang paling terkini iaitu Snapdragon 820 dengan sokongan GPU Adreno 530.

Apa yang lebih menariknya, sumber itu juga mendedahkan bahawa OnePlus 3 bakal diperkenalkan dalam dua varian dengan sokongan RAM sebesar 4GB dan 6GB. Malah kedua-dua varian itu juga akan turut menyokong memori dalaman berbeza iaitu 16GB serta 64GB.

Dengan penampilan kerangka yang kelihatan mirip seperti rekaan HTC, OnePlus 3 dengan bateri berkapasiti 3500mAh itu menawarkan kamera utama 16 Megapiksel dan kamera depan 8 Megapiksel. Berdasarkan kepada gambar yang diperolehi itu juga jelas dapat dilihat ia akan turut dilengkapi dengan butang Home dengan sokongan teknologi pengimbas cap jari.

You might also like