Kad microSDXC Samsung EVO Plus 256GB Boleh Didapati Pada Harga USD249

pic 1Anda memiliki peranti yang menyokong slot kad microSDXC dengan sokongan memori sehingga 256GB?! Kini Samsung telah mengumumkan ketersediaan kad microSDXC terbaru keluarannya iaitu Samsung EVO Plus dengan sokongan memori mencecah sehingga 256GB. Ia boleh dikatakan yang terbesar di pasaran kerana setakat ini kapasiti terbesar yang boleh didapati secara komersial adalah 200GB sahaja. Ini tidak diambil kira kad microSD keluaran Microdia yang telah diumumkan pada tahun lalu dengan kapasiti 512GB kerana sehingga kini ia tidak boleh ditemui di pasaran.

Samsung EVO Plus 256GB Class 10 ini menawarkan kepantasan membaca sehingga 95MB/s dan kepantasan menulis sehingga 90MB/s. Ini bermakna ia berupaya menyimpan rakaman video berkualiti 4K yang dirakam selama 12 jam, atau video berdefinisi HD Penuh dengan durasi sehingga 33 jam.

Kad microSDXC ini juga turut menerima pengiktirafan IPx7 yang menawarkan fungsi kalis air, kalis suhu, kalis magnet dan juga kalis sinar X-Ray. Ia akan dijual pada harga USD249.99 (kira-kira RM1,013) bermula Jun ini.

 

You might also like