
Korang kaki game main PUBG?? Meh dengar sini!! OPPO berkerjasama dengan ESPL dan Digi dengan manganjurkan pertandingan eSukan dengan hadiah Sehingga 25000 untuk dimenangi.

Bermula dari 6 Julai sehingga 12 Julai, “OPPO Gaming Tournament Season 1” akan berlangsung dan dihoskan oleh ESPL menerusi atas talian.
Ia bakal berlangsung dalam 4 peringkat iaitu Qualifiers, Quarter Final, Semi Final dan Grand Final. Sebantak 512 pasukan akan terpilih untuk menyertai peringkat Qualifier bagi merebut 16 tempat di pusingan Grand Final.
Hadiah akan diberikan kepada pasukan yang menang dengan skor terbanyak. Berikut adalah hadiah untuk bara pemenang:
- Tempat Pertama: RM4000 dan 4x OPPO Reno3 Pro
- Tempat Kedua: RM2000 and 4x OPPO A92
- Tempat Ketiga: RM1000 and 4x OPPO Enco W31
- Tempat Keempat: RM1000
- Tempat ke-5 hingga ke-8: RM500
Pendaftaran boleh dilakukan dari 15 Jun sehingga 2 Julai. Pusingan Qualifier akan berlangusng dari 6 Julan hingga 8 Julai. Manakala pusingan Quater Finals berlangsung pada 9 Julan dan Semi Final pada 11 Julai. Pusingan Grand Final pula akan berlangsung pada 12 Julai ini.

