
Tidak Gemar Dengan ‘Notch’ Pada iPhone X? Aplikasi Ini Perlu Anda Cuba!
Ramai yang sedia maklum iPhone 7 dan 7 Plus merupakan model pertama iPhone tanpa audio jack, manakala iPhone X pula adalah model pertama yang hadir tanpa butang fizikal ‘home’ dan disediakan dengan ‘notch’.
Bagi yang tidak suka dengan ‘notch’ yang ada pada iPhone X, terdapat satu aplikasi aplikasi yang dapat membantu anda mendapatkan paparan rata di bahagian atas skrin tanpa mengabaikan status bar, iaitu Notch Remover.
Memandangkan iPhone X menggunakan paparan skrin OLED daripada Samsung, warna hitam yang berada di bahagian atas skrin dilihat sangat kemas sekaligus tidak membuatkan seolah bar hitam tersebut selari dengan warna speaker iPhone X.
Berikut adalah reviu ringkas mengenai aplikasi Notch Remover yang dipasang pada iPhone X.

