Alchemy Stars Juga Mengumumkan Bahawa Mereka Sedang Mengusahakan Bahasa Indonesia & Bahasa Thai Untuk Permainan Ini & Akan Tersedia Dalam Masa Terdekat!

Alchemy Stars, strategi garis revolusi RPG. Permainan ini telah memperoleh lebih daripada 2 juta muat turun global & 5 juta pendaftaran hanya dalam 2 minggu pelancarannya. Berkat sokongan yang luar biasa dari rakan Navigator, Alchemy Stars juga mengumumkan bahawa mereka sedang mengusahakan Bahasa Indonesia & Bahasa Thai untuk permainan ini dan akan tersedia dalam masa terdekat! Bagi mereka yang belum mencuba permainan ini, anda boleh memuat turun permainan di sini.

Setiap watak dalam Alchemy Stars mempunyai keistimewaan mereka, iaitu Detonator, Sniper, Converter & Support, ini akan menentukan bagaimana anda akan membina komposisi pasukan anda berdasarkan peranan dan keistimewaan watak tersebut.

Peranan setiap watak boleh dikategorikan ke Detonator, unit yang boleh mengeluarkan damage AOE besar kepada beberapa sasaran di sekitarnya dengan kombo rantai yang betul; Sniper, unit dengan kekuatan tinggi yang dapat menembak sasaran dari jarak yang lebih jauh; Converter, unit yang dapat mengubah warna jubin dengan kemahiran aktif mereka; dan Support, yang boleh sembuh, menyediakan Kombo 2x, pelindung perisai atau kenakan musuh dengan kesan-kesan seperti racun, luka bakar, pendarahan dan lain-lain.

Sebelum kita meneruskan pembinaan pasukan, kita harus memahami bahawa membina pasukan warna mono adalah lebih baik kerana pasukan warna mono mempunyai output & kesinambungan damage yang lebih baik kerana 5 unit anda akan menyerang bersama jika anda mencetuskan jubin warna yang tepat. Pasukan warna Duo boleh diterima kerana fleksibiliti elemen mereka manakala pasukan pelangi semestinya tidak disyorkan.

Komposisi pasukan umum harus mempunyai 1 unit DPS, 1 Support yang boleh menyembuhkan team anda & 1 Converter. Itu adalah unit utama yang membantu anda melalui banyak peringkat. DPS bertanggungjawab untuk damage output. DPS juga biasanya ditempatkan sebagai Kapten Pasukan kerana kapten akan selalu mencetuskan serangan tanpa mengira warna jubin. Penyembuh akan memastikan anda tetap hidup, sangat disyorkan untuk dimiliki terutama untuk “Secret Teritoties”, Converter akan mengubah jubin menjadi warna pasukan anda untuk membantu anda mencapai kombo rantai yang lebih baik. Unit ke-4 dan ke-5 sangat disarankan untuk memiliki teleporter yang dapat membantu mengubah kedudukan setiap kali menghadapi situasi yang sukar dan Converter kedua juga disarankan kerana Converter tambahan akan selalu berguna.

Pihak official Alchemy Stars juga akan memberi watak 5 bintang – Dayna, unit DPS element guruh kepada semua permain. Anda hanya perlu menyelesaikan 10 misi-misi event pertumbuhan terhad masa dan Dayna akan dimiliki anda secara percuma!

You might also like