- Iklan -

Pakar Seru Tindakan Segera Di Asia Tenggara Untuk Percepat Pelaksanaan Imunisasi Sepanjang Hayat Sebagai Langkah Ke Arah Penuaan Sihat!!!

- Iklan -

Hari ini, Majlis Perniagaan EU-ASEAN, KPMG di Singapura, dan Sanofi, dengan sokongan Western Pacific Pharmaceutical Forum (WPPF), menerbitkan laporan baharu – “The Decade of Healthy Ageing in ASEAN: Role of Life-Course Immunisation” (Dekad Penuaan Sihat di ASEAN: Peranan Imunisasi Sepanjang Hayat) – yang mendedahkan halangan terhadap penuaan sihat di Asia Tenggara dan menyeru supaya pelaksanaan imunisasi sepanjang hayat diberikan tumpuan yang serius dengan segera.

Apabila usia meningkat, fungsi imun akan menurun, yang akan menyebabkan mereka yang telah berusia lebih mudah dijangkiti penyakit berjangkit seperti flu dan pneumonia, yang boleh menyebabkan risiko dan komplikasi kesihatan lain. Sehingga kini vaksinasi masih lagi merupakan salah satu intervensi yang paling berkesan kos untuk melindungi daripada penyakit berjangkit.

Walaupun manfaatnya dapat dilihat dengan jelas, Asia Tenggara masih ketinggalan berbanding negara-negara lain di dunia dari segi imunisasi sepanjang hayat – jauh lebih rendah daripada kadar sasaran imunisasi sebanyak 75% yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Cadangan laporan tersebut, yang disumbangkan oleh pakar-pakar dari seluruh rantau ini, termasuklah:

  • Mengakui imunisasi sepanjang hayat sebagai perkara yang penting dalam penuaan sihat dan memperuntukkan sumber untuk melaksanakannya sebagai sebahagian daripada dasar penuaan sihat
  • Melibatkan kepakaran dan pengetahuan penyedia penjagaan kesihatan dan menggunakan pengaruh mereka untuk menyokong imunisasi sepanjang hayat
  • Menyokong usaha dari peringkat akar umbi untuk mengongsikan naratif yang relevan mengenai keberkesanan dan keselamatan vaksin, serta untuk membantu merapatkan jurang digital di kalangan warga emas untuk mendapatkan maklumat dan perkara lain yang berkait dengan vaksinasi
  • Memperbaiki akses kepada tempat vaksinasi bagi orang ramai, supaya dapat memudahkan mereka yang ingin mendapatkan vaksinasi – di lokasi yang tidak begitu menjejaskan rutin harian mereka
  • Sokongan sektor swasta dari segi program faedah pekerja yang turut merangkumi vaksinasi tahunan serta produk-produk insurans kesihatan yang diwujudkan oleh syarikat-syarikat insurans yang dapat membantu menampung kos vaksinasi

- Iklan -

You might also like