Huawei Y9 (2019) Bakal Dipasarkan Pertengahan Oktober Ini?

Huawei Y9 (2019) dikatakan bakal menjengah pasaran seperti yang telah diumumkan oleh syarikat tersebut. Telefon pintar ini merupakan kesinambungan daripada keluaran terdahulu, Huawei Y9 (2018) yang dilancarkan pada awal tahun ini.

Menurut khabar angin, Huawei Y9 (2019) disertakan dengan spesifikasi yang dinaik taraf yang mana telefon ini disertakan dengan paparan skrin 6.5 inci, Kirin 710 SoC, teknologi pengimbas cap jari 4.0 yang mana syarikat tersebut mendakwa bahawa ia mampu membuka telefon pintar tersebut sepantas 0.3 saat.

 

Ia juga dilengkapi dengan dua kamera pada bahagian hadapan dan belakang yang mana ia didatangkan sekali dengan fungsi AI. Bagi kamera hadapan, telefon ini menyediakan 16MP + 2MP manakala kamera di bahagian belakang pula ialah 13MP + 2MP.

Sungguhpun harga bagi telefon pintar ini masih belum lagi diumumkan, namun syarikat tersebut telah mengumumkan bahawa telefon ini dijangka akan di pasarkan pada pertengahan bulan Oktober ini.

Huawei menyasarkan penjualan telefon ini kepada golongan muda yang cenderung terhadap permainan video, fotografi dan hiburan. Oleh itu, teknologi GPU Turbo juga tidak ketinggalan dibekalkan pada Y9 (2019), bersama dengan kapasiti bateri sebesar 4,000mAh dan sokongan 4GB RAM.

 

 

 

You might also like