[Khabar Angin] ASUS ZenFone 4 Akan Diperkenalkan Pada Bulan September?!

Ketika peranti ZenFone 3 Zoom dan ZenFone 3 Laser menerima kemas kini Android 7.1.1 Nougat, kami di eRing terserempak dengan iklan ASUS ini. Apa yang pasti, mereka nampaknya ingin menampilkan generasi baharu siri ZenFone. Acara utama ASUS pada tahun ini meletakkan tarikh 21 September sebagai hari perasmian.

Syarikat Taiwan ini menetapkan lokasi acara diadakan di Rome, Itali. Seterusnya, ahli-ahli media seluruh dunia kini sedang diundang untuk bersama mereka pada majlis tersebut.

Melihat pada gambar yang tersebar ini, ASUS tidak menyatakan produk yang ingin ditampilkan tetapi menurut Roland Quandt, sumber yang boleh dipercayai, kuat mengatakan produk itu adalah barisan ZenFone terbaru 2017. Slogan yang digunakan pada iklan ASUS ini berbunyi “take a walk on the wide side”, ia mungkin menggambarkan rakaman kamera yang menggunakan lensa sudut lebar.

Memandangkan tahun ini setiap pengeluar lebih fokus kepada fungsi kamera, ia meyakinkan kami dengan kenyataan si Roland itu. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat, apa seterusnya nanti.

You might also like