Samsung Memperkenalkan ISOCELL – Empat Jenis Kamera Sensor Untuk Pelbagai Telefon

Samsung kini dilihat lebih serius membina modul kamera untuk telefon pintar. Jenama yang dicipta sendiri ini dinamakan “Samsung ISOCELL”, sambungan legasi sensor ISOCELL di mana telah digunakan pada flagship Galaxy sejak tahun 2014.

Empat jenis kamera ini akan dihasilkan, setiap satunya dengan ciri yang berbeza. Contohnya, salah satu akan mendukung tugas seperti keterangan, kelajuan, kenipisan dan dwi.

Dwi menawarkan beberapa sensor yang memerlukan konfigurasi pelbagai dalam pemasangan untuk kamera dwi yang moden. Sensor keterangan pula dengan tujuan untuk merakam gambar di bawah pencahayaan yang terhad dan padanan warna yang tepat.

Kelajuan pula lebih kepada fungsi AutoFocus dengan keupayaan untuk menjejak subjek yang bergerak pantas walaupun di dalam keadaan gelap. Akhir sekali, kenipisan akan memastikan piksel yang dihasilkan lebih kecil sekitar 0.9µm sehingga 1.0µm menjadikan gambar yang lebih premium.

Pembangunan dalam menghasilkan sensor kamera oleh Samsung ini adalah langkah yang baik sekaligus dapat menjimatkan kos pembuatan dan tidak bergantung penuh kepada pembekal.

You might also like