
Fitbit Memperkenalkan Fungsi Terbaru Fitbit Blaze
Fitbit Blaze merupakan salah satu model terhangat dari syarikat Fitbit pada tahun ini, kini Fitbit dengan berbesar hati telah mengumumkan sokongan fungsi terbaru yang akan diberikan kepada peranti Fitbit Blaze.
Bermula pada bulan ini, Fitbit akan mula mengeluarkan kemas kini perisian kepada semua peranti Fitbit Blaze yang akan membantu anda untuk kekal aktif di samping memberikan maklumat penting berkenaan aktiviti dan kesihatan anda.
Anda boleh menikmati fungsi berikut setelah mendapatkan kemas kini terbaru:-
- Reminders To Move
Membantu anda kekal aktif dengan mengurangkan masa anda kekal statik. Ia mengingatkan anda untuk memenuhi matlamat seperti berjalan 250 langkah setiap jam (lebih kurang 2-3 minit berjalan kaki), dan akan mengucapkan tahniah kepada anda apabila anda mencapai matlamat.
- Extended Smart Notifications
Membantu anda kekal berhubung dengan aplikasi dan media yang penting buat anda. Sekarang, notifikasi dari telefon pintar anda boleh dihantar ke peranti Fitbit Blaze dengan mesej pada skrin dan amaran bergetar, termasuk pemberitahuan dari aplikasi seperti Facebook, Gmail, Instagram, Skype, Slack, Snapchat, WeChat, WhatsApp dan banyak lagi, anda juga mempunyai pilihan untuk menyesuaikan pemberitahuan yang anda terima.
- New Clock Faces
5 pilihan reka bentuk muka jam baru diberikan kepada anda, sesuaikan muka jam Fitbit Blaze dengan personaliti anda.

